Monday, September 21, 2009

Kerajaan Negeri Kedah hargai guru al-quran

ULU MELAKA - Rutin hariannya tidak berubah dari zaman anak dara hinggalah berkahwin dan mempunyai 11 anak. Itulah liku hidup seorang ustazah, Zainab Hashim, 61, yang menjadikan kerjaya mengajar al-Quran sebagai aktiviti hariannya. Menurutnya, ada juga bekas anak muridnya menghantar anak mereka untuk mengaji dan menguasai bacaan al-Quran. “Berpuluh tahun saya mendidik anak kampung dari mukaddam hinggalah mereka khatam al-Quran, ada juga yang berulang kali mengulang al-Quran.“Kini, saya mempunyai 20 pelajar dan mereka akan mengaji selepas solat Maghrib di rumah kami,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 180 guru al-Quran, ibu tunggal, anak yatim dan miskin di Masjid Jamek Al-Jamiul Qadim Ulu Melaka.:Majlis turut disertai, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Phahrolrazi Zawawi dan Pengerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Aisyah Ghazali.Seorang ibu tunggal yang menerima sumbangan Salmah Ismail, 41, hampir menitiskan air mata apabila menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri.Salmah berkata, sejak kematian suami setahun lalu, dia terpaksa menanggung tiga anaknya dan dengan sumbangan itu kepayahannya membuat persiapan Syawal terubat seketika.Setiap mereka menerima RM100, kain pelekat atau batik serta kuih-muih sumbangan Yayasan Islam Kedah (YIK). :Sementara itu, Azizan berkata, kerajaan akan menimbang sumbangan tambahan kepada guru al-Quran sukarela sekiranya kewangan mengizinkan pada masa depan,“Kerajaan Kedah hargai guru al-Quran sukarela di kampung yang banyak berkorban mengajar dan mendidik anak membaca al-Quran dan bersolat,” katanya.:Azizan berkata pengorbanan guru al-Quran sukarela amat besar tanpa mengharapkan imbuhan dari kerajaan, kita menghargai mereka dengan memberi sedikit sumbangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri semua daerah di Kedah.“YIK mengenal pasti terdapat 2,500 guru al-Quran yang mengajar sukarela di seluruh Kedah dan memperuntukkan RM300,000 untuk sumbangan kepada guru al-Quran, ibu tunggal, anak yatim dan miskin di semua daerah,” katanya.

No comments:

Post a Comment