Tuesday, September 29, 2009

Sah Isa samad calon "Be End" di bagan Pinang.


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BE END dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua AMENO bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden AMENO.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BE END dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BE END peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BE END yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan AMENO 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BE END dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej AMENO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau AMENO letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi AMENO "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap AMENO".

Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang

Abdul Aziz Mustafa
Thu Sep 24, 09 10:29:29 am MYT KUALA LUMPUR,
24 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Beliau berharap Umno mempunyai calon yang bersih dari politik wang untuk memenuhi keinginan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu.

"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'. Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas Perdana Menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang. "Mungkin juga Umno Bahagian Telok Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang berada) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. Mengenai persediaan PAS menghadapi pilihan raya itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan megggerakkan seluruh kekuatan untuk mengajak rakyat di Bagan Pinang supaya bersama-sama dengan kehendak rakyat.
"Kita yakin rakyat di Bagan Pinang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam tujuh dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
"Malah di dalam kawasan Telok Kemang sendiri pun, tiga dari lima kawasan DUN di situ serta kerusi Parlimennya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. "Saya yakin sepenuhnya rakyat Bagan Pinang akan bersama-sama dengan kehendak rakyat hari ini yang menolak BN," kata beliau. Dalam pilihan raya umum yang lalu, selain kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi-kerusi DUN Chuah, Lukut dan Port Dickson dalam kawasan Parlimen itu dimenangi oleh PR. "Saya juga yakin, rakyat Bagan Pinang tidak sanggup menerima Umno yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri. "Pandangan Dr Mahathir itu malah dikongsi oleh bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.
"Rakyat boleh melihat dengan terang dan nyata hakikat itu dan bukti terbaru dapat dilihat sendiri oleh mereka dalam dokumen kabinet mengenai Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang menunjukkan dengan jelas bahawa kabinet kerajaan Umno dan BN melakukan penyelewengan dan merestui rasuah," katanya. Sebelum menekankan supaya BN meletakkan calon bebas politik wang, Dr Mahathir menolak pencalonan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.
Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. "Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau. Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Monday, September 21, 2009

Bukan Islam terima sumbangan semarak Aidilfitri

KULIM 21 Sept. - Lazimnya, sumbangan dan duit raya Aidilfitri hanya diberikan kepada mereka yang menyambut perayaan berkenaan.
Bagaimanapun, Pejabat Daerah Kulim (PDK) di sini membawa pendekatan baru pada sambutan Aidilfitri tahun ini.
Sempena kedatangan 1 Syawal semalam, PDK menghulurkan bantuan dan sumbangan duit raya kepada kira-kira 200 individu bukan Islam yang kurang bernasib baik.
Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, walaupun berbeza dengan amalan sebelum ini namun ia sekurang-kurangnya merapatkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Lebih penting lagi, katanya, semua rakyat Malaysia perlu diberi peluang bersama-sama menyambut hari kebesaran berkenaan sejajar dengan semangat baru 1Malaysia.
"Tahun ini kita berikan sumbangan berupa barangan dan duit raya kepada 500 penduduk. Daripada jumlah itu, 200 merupakan orang bukan Islam.
"Walaupun mereka tidak menyambut perayaan itu, kami merasakan mereka juga perlu turut serta bagi memeriahkan perayaan utama rakyat negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan dan duit raya kepada masyarakat kurang bernasib baik peringkat daerah Kulim di sini semalam.
Hadir bersama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim, Norizan Ghazali.
Menurut Abdul Rahman, kesemua penduduk yang terpilih menerima sumbangan duit raya RM100 setiap orang serta barangan keperluan dan kuih raya.

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mon Sep 21, 09 6:42:45 am MYT
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)
Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.
Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.
Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.
Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.
Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.
Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.
Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.
Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.
Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.
Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.
Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Kekosongan Jawatan di Kedah Communication & Events Sdn Bhd (KCE)

Alor Setar, 14 Sept. 2009 – Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. (KCE), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah mengajak mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kumpulan pengurusan di KCE menghantar permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat tersebut. KCE menawarkan tiga kekosongan jawatan iaitu:
+ Pembantu Peribadi kepada Pengarah Eksekutif
+ Pereka Grafik
+ Penyelaras AmKepada individu yang berminat, sila hantarkan resume anda ke pajabat KCE di alamat :
Kedah Communication & Events Sdn. Bhd.Aras 5, Menara BDB, Lebuhraya Darulaman,05100, Alor Setar,Kedah Darul Aman. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi KCE di talian : 04-7355169 / 04-7355170.

Kerajaan Negeri Kedah hargai guru al-quran

ULU MELAKA - Rutin hariannya tidak berubah dari zaman anak dara hinggalah berkahwin dan mempunyai 11 anak. Itulah liku hidup seorang ustazah, Zainab Hashim, 61, yang menjadikan kerjaya mengajar al-Quran sebagai aktiviti hariannya. Menurutnya, ada juga bekas anak muridnya menghantar anak mereka untuk mengaji dan menguasai bacaan al-Quran. “Berpuluh tahun saya mendidik anak kampung dari mukaddam hinggalah mereka khatam al-Quran, ada juga yang berulang kali mengulang al-Quran.“Kini, saya mempunyai 20 pelajar dan mereka akan mengaji selepas solat Maghrib di rumah kami,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 180 guru al-Quran, ibu tunggal, anak yatim dan miskin di Masjid Jamek Al-Jamiul Qadim Ulu Melaka.:Majlis turut disertai, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Phahrolrazi Zawawi dan Pengerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Aisyah Ghazali.Seorang ibu tunggal yang menerima sumbangan Salmah Ismail, 41, hampir menitiskan air mata apabila menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri.Salmah berkata, sejak kematian suami setahun lalu, dia terpaksa menanggung tiga anaknya dan dengan sumbangan itu kepayahannya membuat persiapan Syawal terubat seketika.Setiap mereka menerima RM100, kain pelekat atau batik serta kuih-muih sumbangan Yayasan Islam Kedah (YIK). :Sementara itu, Azizan berkata, kerajaan akan menimbang sumbangan tambahan kepada guru al-Quran sukarela sekiranya kewangan mengizinkan pada masa depan,“Kerajaan Kedah hargai guru al-Quran sukarela di kampung yang banyak berkorban mengajar dan mendidik anak membaca al-Quran dan bersolat,” katanya.:Azizan berkata pengorbanan guru al-Quran sukarela amat besar tanpa mengharapkan imbuhan dari kerajaan, kita menghargai mereka dengan memberi sedikit sumbangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri semua daerah di Kedah.“YIK mengenal pasti terdapat 2,500 guru al-Quran yang mengajar sukarela di seluruh Kedah dan memperuntukkan RM300,000 untuk sumbangan kepada guru al-Quran, ibu tunggal, anak yatim dan miskin di semua daerah,” katanya.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pengunjung. semua Aidilfitri ini akan menjadi bukti kejayaan kita melawan nafsu dan terberjuang bagi melihatkan kejayaan seterusnya.... supaya Bagan Pinang akan kita lalui dan memastikan kemenangan akan menjadi milik kita......Ayoh makan kuih ingat saya sama , kesempatan ini saya menjemput tuan kerumah raya ini. -paktam

Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan