Monday, November 23, 2009

CERAMAH PERDANA 24TAHUN PERISTIWA MEMALI










20 NOV 2009
Semalam berjaya diadakan Ceramah Perdana 24 Tahun Memali di Madrasah Islahiah Diniah , Kg. Memali. Ceramah telah sampaikan oleh Hj Mohamad Sabu, Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ust Azman Shafawi, Ust Ahmad Yahya dan Yb Yusuf Husin.Dataran Madrasah penuh sesak dengan hadirin hingga melimpah ke jalan raya.
Ceramah yang disampaikan begitu bersemangat dan menyentuh semangat perjuangan dan jihad. Sudah lama kita tidak mendengar ceramah tentang perjuangan sejak akhir-akhir ini. Ceramah yang disampaikan oleh pimpinan seperti kita berada di era 80-an dan 90-an yang menyentuh perjuagan parti.Sebelum itu Solat hajat dan bacaan yasin dan tahlil telah diadakan selepas solat maghrib dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa.
Pada jam 5.00 petang Konvoi pemuda Kedah telah bertolak dari Pusara Syuhada ,Parit Panjang ke Memali yang melibatkan 100 buah motosikal. Turut sert dalam konvoi tersebut Ust Ahmad Yahya,Ketua Pemuda Negeri Kedah , YB Johari Abdullah, Exco DPPNK, AJK DPP kawasan dan pemuda kawasan Baling. Mereka juga telah menziarahi makam syuhada dan membaca doa' di Pusara Syuhada.-DPPNKEDAH

Sunday, November 15, 2009

MUHYIDIN JANGAN CAMPUR TANGAN KUASA SPEAKER



Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyelar campur tangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi arahan kepada Adun Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sariff hadir ke Sidang Dun Kedah pada 17 November ini.


Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, Pemuda PAS Kedah kesal dan membantah sikap diambil Muhyiddin tersebut yang mengundang pelbagai implikasi negatif.“Sepatutnya Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) belajar dari Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang tatkala berhadapan pertanyaan media dalam perkara itu beliau enggan memberi komen kerana menghormati hak Speaker.“Muhyiddin juga sepatutnya faham akan hak Speaker kerana urusan Dewan Undangan negeri adalah hak Speaker dan tidak harus campur tangan.


Dalam konteks ini Abu Hasan tertakluk kepada arahan Speaker bukan arahan TPM,” ujarnya kepada Harakah, 13 November lalu.Ujar Ahmad, pengalaman kekacauan dan huru hara sepertimana berlaku kepada Dun Perak adalah berpunca dari campur tangan seperti ini.Oleh itu tegasnya, Muhyiddin perlu menerimanya sebagai pengajaran akibat dari membelakangkan undang-undang sedia ada menyebabkan Perak mempunyai dua Speaker dan dua Menteri Besar.


Menurut beliau, tindakan Muhyiddin menggunakan frasa ‘arahan’ seolah-olah mengarah Abu Hasan mengingkari dan menentang Speaker selain menjurus kepada pelbagai kemungkinan implikasi tidak baik yang lain.Sedangkan ujarnya, para penyokong dan Abu Hasan sendiri tidak bertindak balas terhadap keputusan Speaker.“Memberi arahan sedemikian juga menunjukkan beliau (Muhyiddin) tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK).


“Kalaupun beliau tidak mahu menghormati Speaker, sewajarnya beliau perlu hormat kepada UUTKNK apatah lagi ketika itu beliau berada di dalam negeri Kedah.“Sudahlah masuk ke negeri ini tanpa ‘memberi salam’, Menteri Besar juga tidak dimaklumi, undang-undang negeri ini juga hendak dilanggar?” pertikai Ahmad.Katanya lagi, sikap Muhyiddin jelas tidak selari dan menafikan konsep 1Malaysia yang mereka digembar-gemburkan.

Tuesday, November 3, 2009

KOSMO! AKAN HADAPI TINDAKAN MAHKAMAH







Selasa, 2009 November 03


Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Kegagalan pihak pengurusan akhbar Kosmo! menarik semula dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan, berikutan penyiaran artikel yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat dalam cetakkannya 26 Oktober lalu bakal berhadapan bantahan berterusan serta tindakan undang-undang.Menurut Pengerusi Madrasah Islahiah Diniah(MID) Memali, Senator Muhamad Yusuf Husin, beliau telah menghubungi sendiri penulis terbabit pada hari terbitan yang sama menuntut permohonan maaf dan menarik semula artikel tersebut.
Jelas beliau, penulis dan pihak Kosmo! diberi tempoh selama tiga hari dari tarikh tersebut untuk berbuat demikian sebelum tindakan mahkamah dan lain-lain diambil. Bagaimanapun katanya, Kosmo! tidak mematuhi tuntutan hingga tempoh tamat.Untuk itu, Yusuf bersama-sama Mudir MID, Ustaz Mat Juki Ahmad; Timbalan Mudir MID, Ustaz Yusuf Che Me dan wakil penduduk Memali serta kaum keluarga mangsa peristiwa itu, Zaman Mahmud sepakat melantik peguam Darshan Singh untuk mengendalikan pendakwaan ke mahkamah."Kami secara rasmi melantik peguam Darshan Singh pada 29 Oktober hari Selasa untuk memfailkan kes dalam sikit masa lagi dan kini beliau sudah pun membuat persediaan."Kami juga akan adakan majlis bacaan yasin dan solat hajat besar-besaran di Memali pada 19 November depan bagi memohon kepada Allah agar memberi ketentuan terhadap fitnah oleh penulis dan akhbar tersebut yang tidak menunjukkan rasa sensitif dengan tuduhan dibuat mereka," ujarnya kepada Harakah, 2 November
lalu.
Maklumnya lagi, majlis yang turut diadakan sempena 24 tahun peringatan peristiwa Memali itu akan dilanjutkan dengan ceramah perdana pada sebelah malamnya anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan MID menampilkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.Terdahulu Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya melahirkan rasa kesal dengan kedegilan penulis dan akhbar Kosmo! untuk menyatakan permohonan maaf dan menarik semula artikel tersebut.“Bahkan mereka tidak memberi sebarang 'respon' walaupun kita telah menghantar memorandum baru-baru ini dan langkah kita seterusnya adalah melalui tindakan undang-undang," maklumnya kepada Harakah, 1 Oktober lalu.Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik dalam kenyataan mereka mengecam kebiadaban pihak Kosmo! yang belum menyatakan permohonan maaf sebagaimana dituntut.
Setiausahanya, Fakhrud Rizal Mokhtar berkata, pengurusan Kosmo! ternyata tidak sensitif dengan membangkitkan tuduhan tersebut selain gagal memahami isyarat yang ditunjukkan oleh peserta himpunan pada serahan memorandum 27 Oktober lalu."Siapa Zulkifli ini? Apa kekebalan dia? Kami menuntut pengurusan Kosmo! pecat dia atau terima akibat dari kebangkitan pemuda," ujarnya melontarkan amaran.Fakhrud turut menyifatkan Kosmo! mempunyai agenda jahat untuk menggugat kehidupan aman damai penduduk di negeri ini serta memecahbelahkan masyarakatnya.