Monday, November 23, 2009

CERAMAH PERDANA 24TAHUN PERISTIWA MEMALI










20 NOV 2009
Semalam berjaya diadakan Ceramah Perdana 24 Tahun Memali di Madrasah Islahiah Diniah , Kg. Memali. Ceramah telah sampaikan oleh Hj Mohamad Sabu, Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ust Azman Shafawi, Ust Ahmad Yahya dan Yb Yusuf Husin.Dataran Madrasah penuh sesak dengan hadirin hingga melimpah ke jalan raya.
Ceramah yang disampaikan begitu bersemangat dan menyentuh semangat perjuangan dan jihad. Sudah lama kita tidak mendengar ceramah tentang perjuangan sejak akhir-akhir ini. Ceramah yang disampaikan oleh pimpinan seperti kita berada di era 80-an dan 90-an yang menyentuh perjuagan parti.Sebelum itu Solat hajat dan bacaan yasin dan tahlil telah diadakan selepas solat maghrib dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa.
Pada jam 5.00 petang Konvoi pemuda Kedah telah bertolak dari Pusara Syuhada ,Parit Panjang ke Memali yang melibatkan 100 buah motosikal. Turut sert dalam konvoi tersebut Ust Ahmad Yahya,Ketua Pemuda Negeri Kedah , YB Johari Abdullah, Exco DPPNK, AJK DPP kawasan dan pemuda kawasan Baling. Mereka juga telah menziarahi makam syuhada dan membaca doa' di Pusara Syuhada.-DPPNKEDAH

Sunday, November 15, 2009

MUHYIDIN JANGAN CAMPUR TANGAN KUASA SPEAKER



Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyelar campur tangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi arahan kepada Adun Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sariff hadir ke Sidang Dun Kedah pada 17 November ini.


Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, Pemuda PAS Kedah kesal dan membantah sikap diambil Muhyiddin tersebut yang mengundang pelbagai implikasi negatif.“Sepatutnya Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) belajar dari Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang tatkala berhadapan pertanyaan media dalam perkara itu beliau enggan memberi komen kerana menghormati hak Speaker.“Muhyiddin juga sepatutnya faham akan hak Speaker kerana urusan Dewan Undangan negeri adalah hak Speaker dan tidak harus campur tangan.


Dalam konteks ini Abu Hasan tertakluk kepada arahan Speaker bukan arahan TPM,” ujarnya kepada Harakah, 13 November lalu.Ujar Ahmad, pengalaman kekacauan dan huru hara sepertimana berlaku kepada Dun Perak adalah berpunca dari campur tangan seperti ini.Oleh itu tegasnya, Muhyiddin perlu menerimanya sebagai pengajaran akibat dari membelakangkan undang-undang sedia ada menyebabkan Perak mempunyai dua Speaker dan dua Menteri Besar.


Menurut beliau, tindakan Muhyiddin menggunakan frasa ‘arahan’ seolah-olah mengarah Abu Hasan mengingkari dan menentang Speaker selain menjurus kepada pelbagai kemungkinan implikasi tidak baik yang lain.Sedangkan ujarnya, para penyokong dan Abu Hasan sendiri tidak bertindak balas terhadap keputusan Speaker.“Memberi arahan sedemikian juga menunjukkan beliau (Muhyiddin) tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK).


“Kalaupun beliau tidak mahu menghormati Speaker, sewajarnya beliau perlu hormat kepada UUTKNK apatah lagi ketika itu beliau berada di dalam negeri Kedah.“Sudahlah masuk ke negeri ini tanpa ‘memberi salam’, Menteri Besar juga tidak dimaklumi, undang-undang negeri ini juga hendak dilanggar?” pertikai Ahmad.Katanya lagi, sikap Muhyiddin jelas tidak selari dan menafikan konsep 1Malaysia yang mereka digembar-gemburkan.

Tuesday, November 3, 2009

KOSMO! AKAN HADAPI TINDAKAN MAHKAMAH







Selasa, 2009 November 03


Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Kegagalan pihak pengurusan akhbar Kosmo! menarik semula dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan, berikutan penyiaran artikel yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat dalam cetakkannya 26 Oktober lalu bakal berhadapan bantahan berterusan serta tindakan undang-undang.Menurut Pengerusi Madrasah Islahiah Diniah(MID) Memali, Senator Muhamad Yusuf Husin, beliau telah menghubungi sendiri penulis terbabit pada hari terbitan yang sama menuntut permohonan maaf dan menarik semula artikel tersebut.
Jelas beliau, penulis dan pihak Kosmo! diberi tempoh selama tiga hari dari tarikh tersebut untuk berbuat demikian sebelum tindakan mahkamah dan lain-lain diambil. Bagaimanapun katanya, Kosmo! tidak mematuhi tuntutan hingga tempoh tamat.Untuk itu, Yusuf bersama-sama Mudir MID, Ustaz Mat Juki Ahmad; Timbalan Mudir MID, Ustaz Yusuf Che Me dan wakil penduduk Memali serta kaum keluarga mangsa peristiwa itu, Zaman Mahmud sepakat melantik peguam Darshan Singh untuk mengendalikan pendakwaan ke mahkamah."Kami secara rasmi melantik peguam Darshan Singh pada 29 Oktober hari Selasa untuk memfailkan kes dalam sikit masa lagi dan kini beliau sudah pun membuat persediaan."Kami juga akan adakan majlis bacaan yasin dan solat hajat besar-besaran di Memali pada 19 November depan bagi memohon kepada Allah agar memberi ketentuan terhadap fitnah oleh penulis dan akhbar tersebut yang tidak menunjukkan rasa sensitif dengan tuduhan dibuat mereka," ujarnya kepada Harakah, 2 November
lalu.
Maklumnya lagi, majlis yang turut diadakan sempena 24 tahun peringatan peristiwa Memali itu akan dilanjutkan dengan ceramah perdana pada sebelah malamnya anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan MID menampilkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.Terdahulu Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya melahirkan rasa kesal dengan kedegilan penulis dan akhbar Kosmo! untuk menyatakan permohonan maaf dan menarik semula artikel tersebut.“Bahkan mereka tidak memberi sebarang 'respon' walaupun kita telah menghantar memorandum baru-baru ini dan langkah kita seterusnya adalah melalui tindakan undang-undang," maklumnya kepada Harakah, 1 Oktober lalu.Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik dalam kenyataan mereka mengecam kebiadaban pihak Kosmo! yang belum menyatakan permohonan maaf sebagaimana dituntut.
Setiausahanya, Fakhrud Rizal Mokhtar berkata, pengurusan Kosmo! ternyata tidak sensitif dengan membangkitkan tuduhan tersebut selain gagal memahami isyarat yang ditunjukkan oleh peserta himpunan pada serahan memorandum 27 Oktober lalu."Siapa Zulkifli ini? Apa kekebalan dia? Kami menuntut pengurusan Kosmo! pecat dia atau terima akibat dari kebangkitan pemuda," ujarnya melontarkan amaran.Fakhrud turut menyifatkan Kosmo! mempunyai agenda jahat untuk menggugat kehidupan aman damai penduduk di negeri ini serta memecahbelahkan masyarakatnya.

Wednesday, October 28, 2009

SEKITAR MAJLIS MENGHANTAR MEMO DAN REPOT POLIS






















MEMORANDUM DPPNK KEPADA KOSMO

Rabu, 2009 Oktober 28


MEMORANDUM

Kepada:
Ketua Biro Utusan Malaysia (Alor Setar)
Ketua Biro Kosmo ! (Alor Setar)
Tingkat 2, NO 1588, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum wrt wbh.
Tuan,
Dengan tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo ! pada mukasurat 11 ruangan Negara kolum keluaran 26/10/2009 (Isnin) Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menegaskan bahawa, artikel tersebut adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.
Ditegaskan di sini bahawa:

1. Penulis artikel tersebut amat jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

2. Kosmo ! dengan sengaja telah membuat dan menyebarkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali. (Sebagai rujukan: Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahaya Junaid menegaskan bahawa mangsa peristiwa adalah syahid dan tidak pernah diwartakan oleh mana-mana pihak berkuasa agama bahawa mangsa kejadian Memali terlibat dengan ajaran sesat.)

3. Kosmo ! juga telah mencemarkan kedaulatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah kerana, apabila menyifatkan mangsa Memali pengikut ajaran sesat, secara tidak langsung Kosmo ! menuduh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah bercemar duli menziarahi pusara mangsa Memali di Kampung Parit Panjang, Baling telah menziarahi pusara pengikut ajaran sesat.

4. Kosmo ! juga dengan sengaja menimbulkan tekanan serta terus memalukan maruah para mangsa Memali dan ahli keluarga mangsa.
Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mendesak agar penulis artikel tersebut, editor dan pihak Kosmo ! untuk memohon maaf secara terbuka dan disiarkan di muka hadapan akhbar Kosmo ! dalam tempoh 24 jam dari masa memorandum ini diserahkan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengingatkan, agar pihak Kosmo ! tidak perlu mengulas lanjut berkaitan artikel tersebut, tidak perlu diterbitkan artikel untuk menegakkan benang yang basah, cukup hanya sekadar pernyataan memohon maaf.
Sekian, terima kasih.

(AHMAD BIN YAHYA)
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
27 Oktober 2009 bersamaan 8 Zulkaedah 1430H

Tuesday, October 27, 2009

KETUA PEMUDA PAS KAWASAN ALOR SETAR DITAHAN

28 October 2009
ALOR SETAR 27 Okt. — Dua orang termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, Ust. Ahmad Yahya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram semasa cuba menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo Kedah, Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata,Ust. Ahmad dan seorang anggota Exco Dewan Pemuda Pas Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata, kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis."Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

PAS mohon KOSMO tarik balik artikel Peristiwa Memali jika tidak SAMAN..


28 October 2009

KUALA LUMPUR: Parti Islam seMalaysia (PAS) hari ini mendesak akhbar Kosmo menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat; yang disiarkan semalam, mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataannya amat kesal dengan artikel berkenaan yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.
"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.Pas juga, katanya mahu Kosmo memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.Kamaruzaman berkata Pas akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka. - Bernama

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat



ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.


Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat. "Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat. "Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.


"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi. Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.


Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka. Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi. Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali._

Sunday, October 25, 2009

SELAMAT HARI LAHIR KE65 YAB DATO' SERI UST AZIZAN




Ahad, 2009 Oktober 25

Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar mengucapkan selamat hari lahir ke 65 kepada YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak, Menteri Besar , Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah yang jatuh pada hari ini.Petang tadi di Dewan Banquet Pejabat Menteri Besar, telah diadakan majlis ringkas bagi meraikan YAB Menteri Besar yang dianjurkan oleh kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah. Turut hadir memeriahkan majlis Ybhg. Tok Puan Hajjah Faekah, Dato' Speaker Exco-Exco Kerajaan Negeri, Kedah, Pegawai-pegawai Khas, kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah, kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kedah, dan Juga kakitangan Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar memotong 3 biji kek yang disumbangkan oleh pihak kakitangan Pejabat Menteri Besar.

TEMUDUGA SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL BAQIYATUS SOLIHAT LANGKAWI

-Dppnkedah-
Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatus Solihat (SMART) Langkawi akan membuat pengambilan sulung untuk sesi pengajian tahun 2010 pelajar Tingkatan Satu.Temuduga akan diadakan pada 31 Oktober 2009, jam 9.00 pagi di Sekolah tersebut .Pengambilan terhad untuk 60 orang sahaja. Terbuka untuk pengambilan pelajar lelaki dan perempuan untuk tingkatan satu.Borang boleh diambil pejabat sekolah di alamat:-Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatus Solihat (SMART)Kg. Ranggut, mukim Padang Mat Sirat,07100 Langkawi , KedahUntuk sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat sekolah 04 4471484 atau Ust Mohamad Ismail- 019 4227323 / Ust Saiful Syazwan - 019 5529389

Friday, October 23, 2009

JAMUAN PEMUDA 2009





23 oktober 2009, Alor Binjal : Ketua & AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar (DPPKAS) merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah En. Md. Zain B. Abd. Hamid & Keluarga dan seluruh cawangan pemuda yang terlibat dalam menjayakan Jamuan Pemuda di Kg. Kuar semalam (Jumaat). Program itu berjaya menarik lebih 300 orang termasuk penduduk setempat. Turut hadir ke majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Muslimat, Majlis Ketua Kampung(MKK), Ketua dan ahli Cawangan yang berdekatan. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Kapt(B) Tuan Hj. Abu Bakar Dahlan (Ketua Penerangan PAS Kawasan), menyeru agar pemuda menekankan tiga aspek utama iaitu 1. Disiplin 2. Menambah Ilmu pengetahuan 3. Menggunakan Usia kepemudaan ini dengan sebaiknya. Turut berucap Timbalan Ketua Pemuda DPPKAS Saudara Mohd Azam Bin Hj. Awang dan Mantan Ketua Pemuda PAS kawasan dan negeri yang menyemarakan lagi semangat Pemuda iaitu Tn. Hj. Adnan Bin Saad. "Program sebegini hendaklah diteruskan agar dapat memupuk semangat dan hubungan ukhwah dikalangan pemuda". itulah diantara harapan MKK Kg. Kuar En. Fadhil. Rata-rata tetamu yang hadir merasa gembira dengan program tersebut.

Tuesday, October 20, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN SILATURRAHIM PEMUDA PAS KAWASAN ALOR SETAR

SELURUH PEMUDA DIJEMPUT HADIR
PADA 23HB OKTOBER 2009
HARI JUMAAT MALAM SABTU
JAM 8.00 MALAM
DI KAMPONG KUAR
UPU TOK SIBIL

PAKAT-PAKAT MAI NOOO

UJIBAKAT PASTI KAWASAN ALOR SETAR 2009




Terima Kasih dan tahniah kepada semua peserta Ujibakat PASTI dan seluruh yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Program tersebut telah diadakan pada 3 Oktober 2009 di Dewan Madrasah Taklimiah Khairiah,yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar iaitu yang berbahgia Ustaz Ahmad Bin Yahaya. Pengerusi PASTI kawasan Ustaz Abdul Hadi menyatakan program ujibakat pada tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dari semua PASTI cawangan di kawasan Alor Setar.

Monday, October 19, 2009

PROGRAM TERDEKAT DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

1. JAMBORI AMAL PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 17
pada : 30,31 Okt & 1 Nov 2009, Jumat, Sabtu dan Ahad.
Tempat : Sungai Besar, Selangor.
Kontijen Amal Kedah seramai 60 orang memerlukan sumbangan untuk kesana. Jika ada sebarang sumbangan boleh masukkan ke dalam akaun Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah BIMB : 02011010009300

2. UJI BAKAT PASTI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI
Pada : 30&31 Okt 2009, Jumaat dan Sabtu
Tempat : Kota Bharu, Kelantan

3. SOLAT HAJAT PERDANA
bagi menghindar wabak H5N1 dan musibah yang melanda dan untuk Kejayaan dalam peperiksaan SPM, STPM peringkat Negeri Kedah

pada : 30 Oktober 2009, Jumaat
Masa : 7.00 malam
Tempat : Dataran Stadium Darul Aman (hadapan pentas utama Sua Rasa TV 9)
Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir.
-DPPN KEDAH-

KEM BINA SAHSIAH AKAN BERMULA DISEMBER INI

- Dewan Pemuda PAS KEDAH
KEM BINA SAHSIAH 2009

Kem Bina Sahsiah (KBS) 2009 akan bermula pada 1 hingga 21 Disember ini bertempat di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Kem ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan kendalikan sepenuhnya oleh Sekretariat Kem Bina Sahsiah . Program ini diletakkan dibawah Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah dibawah YB Dr. Ismail bin Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah.


Kem ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun 1991 hingga 1994 ( 15-18 Tahun). Yuran Penyertaan yang dikenakan sebanyak RM150.00. Penerimaan penyertaan berdasar peserta yang membuat pendaftaran awal dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Sekretariat.

Perlaksanaan kem ini melibatkan tiga fasa selama 3 minggu.

FASA 1- Pengenalan asas peserta dan pembinaan sahsiah diri
FASA 2- Perkhemahan ( luar Kawasan )
FASA 3- Pemantapan sahsiah diri.

Kem ini akan dikendalikan oleh Sekretariat dan barisan fasilitator yang berpengalaman sejak kem ini dimulakan 5 tahun lepas.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ust Rosli Azmi , Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah Hal Ehwal Belia No Hp 019 4706247 atau Pejabat 04 7302137.

Peserta yang berminat boleh hantar nama melalui sms yang mengandungi maklumat berikut:-
1. Nama Peserta
2. No KP
3. Alamat surat menyurat
4. No Tel/Hp untuk dihubungi

Semua peserta mestilah membuat pembayaran awal untuk mengesahkan penyertaan. Cara Bayaran pendaftaran akan dimaklumkan kemudian.

Saturday, October 17, 2009

Bagan Pinang: Persimpangan kritikal buat semua?

ANALISIS
Benar, Tan Sri Isa Samad menang besar di Bagan Pinang. Semua pihak akur yang Isa memang sukar digugat di Bagan Pinang, bahkan di seluruh kawasan parlimen Telok Kemang, yang beliau adalah Ketua Bahagiannya. Menawan kerusi ini dari Isa, semacam hendak merampas Permatang Pauh dari DS Anwar. Bukan senang.

Bukan sahaja pihak lawan, bahkan MB Mohd Hassan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan DS Najib, Presiden Umno itu pun tak boleh cabar Isa di situ. Sebab itu hanya dituruti saja kehendak penyokong tegar Isa. Kalau bertanding bebas pun dikatakan Isa akan menang.

Sebab itu, Umno tidak ada pilihan kecuali untuk meletakkan Isa juga, meskipun disanggah kedua-dua mantan Presiden, Tun dan Timbalannya, Ku Li. Mentelahan, setelah kalah 7-0 dalam p/raya kecil di Semenanjung dan 4-0 di tangan PAS, Umno tekad dan desperat untuk menang, walau dengan apa jua cara pun. Persetankan pengkritik.

Formula mereka mengena. Bahkan mereka untung besar. Pimpinan Umno bersorak dan berkokok sekeliling kampung. Lama mana media BN akan mainkan belum pasti.

Umno akan berhenti bersorak ketika mereka sedar bahawa Bagan Pinang, tidak menggambar Malaysia sebenarnya. Kemenangan Bagan Pinang sukar untuk dijadikan ukuran. Yang menang pun, mengikut ramai pundit politik bukan Umno/BN tetapi Isa Samad!

Sememang Isa adalah peribadi yang rata-ratanya disenangi banyak pihak. Orangnya mudah bicaranya tidak canggih seperti juga pemikiranya. Namun Umno sendiri tahu bahawa Isa bukanlah tokoh yang hendak di'ikonkan' Umno. Isa adalah sebaliknya dari cita-cita pembaharuan mereka. 22 tahun menjadi MB bukan masa yang singkat. Tapi Isa gagal menjadi mercu-tanda atau lambang kemegahan Umno. Mereka jua tahu dan faham.

Tidak banyak yang mampu dibariskan Umno bagi memperagakan pencapaiannya. Sebaliknya setiap hari kempen menyaksikan jentera penerangan PAS/PR menyenaraikan kepincangan, ketimpangan dan ketidaksudahan kerja tangan Isa. Masih banyak yang berbaki yang tidak sempat didedahkan kempen Pakatan.

Samada kegagalan itu akibat rasuah, kronisme atau pendeknya ketidakcekapan kepemimpinannya atau 'Plainly Incompetent' dalam bahasa inggerisnya, dengan izin. pengundi Bagan Pinang tidak peduli samasekali. Mereka sudah tekad untuk mengundi Isa. Umum kurang faham sebabya.

Kajian sikap dan persepsi menunjukkan pengundi hanya memberikan 8% perhitungan kepada soalan isu-isu kempen, sementara meletakkan 45% perkiraan calon dan 30% kepada parti yang bertanding. Sukar menembusi pengundi seperti ini. Ini kepelikan Bagan Pinang yang penganalisis kerusi empuk atau pengamat maya kurang faham.

Nah, sekarang Najib berdepan dengan dilema besar. Umno dikatakan akan kembali releven kerana kemenangan Isa Samad. Ironisnya Umno semacam mendapat talian hayat dengan Isa. Umno yang mengambil tindakan disiplin menghukum Isa kerana politik wang atau rasuah, kini terpaksa bersandarkan Isa untuk membenteras imej Rasuah parti Melayu terbesar itu. Ini cukup menyeksa Najib dan pimpinan Umno.

Bahkan mungkinkah Najib terpaksa mengintai-ngintai peribadi-peribadi seangkatan Isa. Mungkin mantan Ketua Menteri Melaka, mantan MB Pahang, Perlis dll, andainya berlaku pulak pilihanraya kecil lagi di negeri-negeri Umno/BN ini. Apakah golongan dari orde lama ini yang akan diharapkan menghidupkan Umno kembali seperti yang ditunjukkan di Bagan Pinang? Bagaimana dengan pemunggaran semula Umno?

Masih banyak kerusi-kerusi seumpama Bagan Pinang yang Umno masih boleh menaruh harap untuk menang besar di Negeri Sembilan, Melaka atau Johor. Kemudian berkokok kuat-kuat bahawa rakyat telah kembali kepangkuan Umno/BN. Najib silap dan partinya pun silap membuat ektrapolasi atau rumusan borong seperti itu untuk seluruh negara. Hati kecil mereka tahu bahawa dakwaan mereka tidak dapat mereka benarkan sendiri.

Kemenangan Umno di Bagan Pinang ialah kedudukan 'status-quo'. PAS turun sebagai 'underdog' dan Umno sebagai 'juara menanti' atau 'incumbent'. Macamlah PAS menang di Bukit Gantang, Penanti dan Manik Urai, atau PKR memenangi kerusi Permatang Pauh. Kelainan hanyalah terdapat pada kerusi Kuala Terengganu yang ditawan oleh PAS dari Umno. Itu boleh berkokok kuat-kuat. Itu lonjakan dan prestasi luarbiasa namanya.

Sebaliknya, Najib dan media BN terlalu ghirah untuk meyakinkan bahawa slogan 1-Malaysianya telah diterima rakyat dengan kemenangan Isa. Maka apakah Isa itu 1-Malaysia ke? Apa barang ini 1- Malaysia? 'Maskot'nya Isa Samad ke?

Kini Najib terperangkap dengan kelemahan kepimpinannya sendiri. Umno terlepas peluang di Bagan Pinang untuk memerdekakan ahli, pengundi dan rakyat. Beliau gagal menampilkan orang muda, profesional dan mungkin juga bersih untuk proses penambahbaikan atau 'reengineering' Umno.

Umno mahu terus mencandukan rakyat dengan imbuhan, sogokan dan gula-gula yang mampu ditaja oleh seorang mantan MB yang mewah setelah 22 tahun 'mengemudi' negeri terbanyak itu.

Umno tidak bersedia bermain di pentas 'Politik Baru' �politik berteraskan pengundi yang dibekalkan maklumat, lantas keberanian memilih sesiapa pun yang mereka tanggap mewakili cita-rasa dan harapan mereka.

Justeru, Najib gagal meyakinkan rakyat seluruhnya bahawa dia komited untuk memerangi rasuah dan politik wang. Mereka tahu bahawa Isa bukan ikon 'pembenteras rasuah' bahkan sebaliknya. Di satu sisi, nampaknya MCA jauh lebih berani membuat tekad perubahan dalam pergolakan dalaman parti itu mutakhir ini.

Umno telah menggunakan Mesyuarat Agung parti itu untuk menjadi pemangkin proses pemulihan dan rawatan parti itu? Umno masih mahu mencuba. Pindaan perlembagaan parti itu dalam mesyuarat khasnya telah dijadikan retorik terbuka ke atas komitmen tersebut. Hanya masa akan menentukan komitmen mereka terhadap program pembasmian rasuah dan pemunggaran semula Umno.

Apakah keberanian menciplak slogan dan retorik Pakatan yang nyata lebih selesa dengan pendekatan 'Inklusif' dan 'Rentas-Kaum' dalam advokasi tawaran politiknya, seperti mana slogan Pakatan atau PAS contohnya dengan slogan 'PAS Untuk Semua'?

Apakah Umno akan mengendurkan paksi 'Ketuanan Melayu'nya sekaligus terpaksa mengakui kelebihan slogan Pakatan dengan satu yang Inklusif yakni 'Ketuanan Rakyat'. Umno jelasnya tercepit dan terperangkap dengan dogma pemikiran lamanya. Kini kesemua dogma itu menghantui kesinambungan survivalnya dalam arus Politik Baru.

Umno takut untuk membuat perubahan besar meninggalkan paksi lamanya kerana takut kehilangan sokongan tegar Melayunya. Umno tidak pasti akan dapat mengembalikan sokongan India dan Cinanya dengan pendekatan baru ini, tapi yang jelasnya Umno khuatir kehilangan sokongan undi Melayunya, andaikata gagasan ini ditolak oleh pengundi tegar Melayunya bahkan sesetengah pemimpin dan ahli akar-umbinya. Ini dilema Umno dipersimpangan ini.

Mungkin ada yang menelah, apa kurangnya PAS dan Pakatan?

Episod-episod pertentangan samada di antara parti-parti komponen Pakatan atau dalaman mana-mana parti itu sendiri, samada dalam PAS atau PKR, adalah bibit-bibit pencerminan konflik dan dilema yang sedang dilalui Pakatan. Ini pengamatan penulis.

Sebaliknya Pakatan jangan bermudah untuk menyembunyikan hakikat ini. Lebih berani Pakatan menangani ini permasalahan ini secara kolektif dan konsisten, lebih baik natijahnya bagi Pakatan. Menyapunya ke bawah karpet hanya akan melengah letupan bomb jangka ini. Ia tetap akan meletup.

PAS dan Pakatan boleh sahaja meletakkan kekalahan di Bagan Pinang kepada masalah Undi Pos atau keganasan pihak lawan sehingga mencetuskan 'fear factor' khususnya di kalangan pengundi Cina dan India di estate- estate. Mungkin ada kebenarannya.

Namun ramai yang mahukan keputusan Bagan Pinang menjadi satu 'wake-up call' atau kejutan dari mimpi enak Pakatan, yang sejak selepas Mac 2008 di perkuatkan dengan kemenangan 7-0 ke atas Umno/BN di Semenanjung.

Mereka mahu PAS dan parti-parti komponen Pakatan, wajar menjadikan PRK Bagan Pinang sebagai satu 'peringatan tegas' bahawa 'Road-Map' ke Putrajaya tidak semudah dan semanis yang dituturkan pemimpin Pakatan.

Kalau benar-benar Agenda Perubahan Besar PRU ke-13 mahu digapai dan direalisasikan, maka tahap kesiapsagaan dan keserasian bekerja sebagai sebuah Koalisi Politik yang bakal menjadi Kerajaan Pusat, semestinya diperbaikki segera. Mereka mahukan Pakatan menunjukkan keupayaannya untuk bertindak sebagai satu Koalisi yang mantap dan kredible. Mereka mahu pertelingkahan titik bengit dan perhitungan kepentingan partisan atau parokial parti-parti komponen Pakatan diselesaikan segera dengan bijak dan cermat.

Percakaran dan perbalahan di antara pimpinan komponen Pakatan khususnya yang menerajui kerajaan negeri atau di Pusat disaran dihentikan segera. Mekanisme mengatasi perbezaan dan pertikaian polisi khususnya yang berunsur ras, kaum dan agama mesti diurus dengan bijak, cermat dan berkesan. Sikap berdolak-dalik atau tidak konsisten dan komited dengan dasar-dasar yang disepakati tidak wajar diberi ruang untuk menjadi cemohan dan modal politik pihak lawan mendakwa kerapuhan perpaduan Pakatan.

Tindakan disiplin terhadap sesiapa pun pimpinan yang tidak mengikut peraturan-peraturan yang disepakati oleh Muafakat Politik di peringkat Majlis Presiden mesti dikuatkuasakan dengan tegas.

Pakatan wajar tahu bahawa PRU ke-13 tidak akan dimenangi dengan hanya kebencian rakyat terhadap Umno/BN. Mereka mahu PAS, DAP dan PKR tidak bercakaran tentang isu agama, perundangan dan kepentingan kaum. Rakyat mahu saksikan formula baru Pakatan. Mana Agenda Ekonomi Baru Malaysia? Mana agenda pemulihan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia di bawah Pakatan? Mana agenda pembangunan yang lebih lestari, mapan dan berteraskan kesejahteraan rakyat? Bagaimana Pakatan akan mendemokrasikan ekonomi negara?

Mana agenda pembangunan yang tidak membawa kemusnahan alam sekitar dan kerosakan nilai insaniyah? Mana agenda urus-tadbir yang baik Pakatan yang membezakan kebobrokan Umno/BN? Kesemua ini mesti ditampilkan supaya rakyat mampu menilai Pakatan sebagai kerajaan menanti. Mereka juga mahu Pakatan didaftarkan segera dan tampil sebagai satu Koalisi Politik yang kuat dan kredible.

Bagan Pinang jelasnya adalah hak milik Umno/BN sekali lagi. Isa Samad telah memenangi pertempuran kali ini. Umno/BN berjaya mengekalkan kerusi ini. Namun dalam 3 hari selepas Bagan Pinang, Umno mahu meyakinkan rakyat di seluruh negara bahawa mereka telah berubah. Mereka sudah melalui transformasi.

Yang jelasnya banyak retorik oleh pemimpin yang dilaungkan dan kata-kata molok tentang transformasi dan perubahan. Dalam 3 hari belum ada apa-apa yang di lihat rakyat lagi, cuma kata-kata mereka yang didengari. Kesemua itu telah dilalui dulu. Legasi itu akan berulang lagi. Benarkah seperti kata Timbalan Presidennya bahawa Umno telah bersedia bertempur? Hebat. 3 hari bertempek dan bersorak, Umno telah meyakinkan seluruh dunia bahawa mereka telah berubah, telah merawat segala gejala-sindrom kerakusan kuasa, rasuah dan amaln politik wang pimpinan mereka. Aneh.

Penulis berkeyakinan hanya kelompok yang berjaya membaca kehendak rakyat dan aspirasi pengundi serta mampu menampilkan kepimpinan yang kompeten, berwiba, telus, berani dan beramanah sahaja yang akan bakal memenangi perperangan PRU ke-13.

Pakatan atau BN kah yang memilikki ciri-ciri kepemimpinan ini?

Masa akan menentukan. Allah Lebih Mengetahui.

JAMUAN MESRA PEMUDA PAS KAWASAN ALOR SETAR

Program lawatan Jawatankuasa Pemuda Kawasan Alor Setar turun cawangan adalah program yang rutin dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar.Program ini akan merapatkan hubungan antara pemuda cawangan dengan pemuda kawasan bagi melicinkan aktiviti dewan pemuda disamping mengeratkan silaturrahim antara kita.

Pada bulan ini Jawatankuasa Pemuda telah memutuskan untuk mengadakan program ini di DUN Alor Mengkudu iaitu di Upu Tok Sibil, Program ini akan diadakan di Cawangan Kampong Kuar. Dan juga akan melibatkan seluruh Pemuda cawangan yang berdekatan.Program ini juga dengan kerjasama UPU Tok Sibil.

Program tersebut akan diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu bertarikh 23hb Oktober 2009, Dengan ini pihak Jawatankuasa Dewan Pemuda menjemput seluruh AJK Pemuda Cawangan berdekatan dan AJK Pemuda Kawasan Alor Setar kemajlis tersebut.Kehadiran pemuda sekalian membuktikan kesungguhan kita semua

Tuesday, October 6, 2009

Papan tanda provokasi: PAS buat laporan polis




PAS telah membuat laporan polis dan menggesa supaya diturunkan beberapa papan tanda yang didakwa "menimbulkan prasangka jahat" terhadap calon parti itu dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beberapa papan tanda kempen BN yang dibantah oleh PAS membawa mesej "Tolak PAS serta "Usah biarkan dipesongkan" - telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Bagaimanapun, PAS mahu kesemua papan tanda berkenaan yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik di kawasan Bagan Pinang supaya diturunkan.

Firdaus Jaafar yang juga mengetuai jentera pilihan raya PAS di Telok Kemang berkata BN perlu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut yang disifatkan "menimbulkan provokasi" dan prasangka jahat."

Jelasnya lagi, papan tanda berkenaan telah dinaikkan sejak dua hari lalu dan pihaknya telah membuat laporan polis hari ini.

"Kita dapati BN telah menyalahi seksyen 4 A (1) Akta Pilihanraya, jadi kita Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat telah buat laporan polis di Balai Polis Teluk Kemang hari ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya serta wakil calon telah bertemu pengerusi SPR negeri memaklumkan isu kita tidak berpuashati berkenaan billboard 'Tolak PAS,' 'Usah biarkan dipesongkan' kemudian ada lambang parti BN, jadi saya rasa BN perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi, prasangka jahat yang menyalahi akta berkenaan," katanya lagi ketika ditemui di sebuah program PAS di Taman Desa Rusa, Port Dickson.

'Mahu diturunkan semua'

"Ada juga gambar Ahli Parlimen Wahid Endut diletakkan gambar budak, Ini semua kita minta turunkan.

"Apa dimaklumkan oleh pegawai saya, ia telahpun diturunkan, tapi kami bukan mahu dua tiga keping saja diturunkan tapi seluruh billboard besar yang menyebut PAS, logo-logo PAS, yang berkaitan pakatan rakyat mesti diturunkan," katanya.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Abdul Latiff Baba ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya berkata papan-papan tanda yang diturunkan itu didapati "ada ayat atau perkataan yang dikategorikan sebagai boleh membawa perkara yang tak elok, yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai."

Ditanya sekiranya ini berpunca daripada laporan yang dibuat oleh PAS hari ini, beliau tidak menjawab, sebaliknya berkata kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat telah bersetuju supaya bahan-bahan kempen tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menyentuh perasaan satu sama lain.

"Lebih elok kalau parti cuma memaparkan manifesto dan mesej mereka tanpa provokasi," katanya.

Firdaus, bagaimanapun berkata pihaknya mendapati MPPD masih belum menurunkan kesemua papan tanda terbabit.

"Kita dapati bukan semua yang diturunkan. Di tepi jalan masuk ke (Taman Desa Rusa) pun masih belum diturunkan. Kita nak ia diturunkan segera.

'Pandangan politik'

Sementara itu, anggota penguatkuasa MPPD berusaha menurunkan papan tanda 'BN Zalim' yang dinaikkan oleh DAP di Batu 9, Telok Kemang, berkaitan isu yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock dan A. Kugan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu yang ditemui di situ berkata, beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga berada di tempat itu cuba menasihatinya supaya menurunkan kerana mesej yang dipaparkan didakwa bersifat provokatif.

"Mereka cuba katakan, mesej pada papan tanda ini provokatif dan menyinggung perasaan, tapi bagi kita ia cuma pandangan politik. 'BN Zalim' atau 'BN tidak zalim' itu boleh diperdebatkan," katanya kepada wartawan..

"Kalau pengundi setuju, dia akan setuju. Kalau dia tidak setuju, dia takkan undi kita," katanya lagi.

MANIFESTO CALON PAKATAN RAKYAT N31 BAGAN PINANG



1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.

4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.
5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.
6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.
7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.BERSAMA KEHENDAK RAKYATZulkefly Mohamad OmarCalon Pakatan Rakyat

Monday, October 5, 2009

50,000 Banjiri Majlis Aidilfitri PAS Kedah

KOTA SARANG SEMUT – Sempena Syawal, Badan Perhubungan Pas Kedah tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis Aidilfitri di Markas Pas Batu 9, di sini.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar berkata, sudah menjadi tradisi dan amalan semua umat Islam yang menyambut Syawal akan mengadakan rumah terbuka, tidak terkecuali Pas Kedah.

Menurutnya, berbeza pada tahun lalu yang diadakan di Sungai Petani, Syawal kali ini disambut lebih meriah di pekarangan Kompleks Pas Kedah yang lebih luas dan selesa agar semua orang dapat hadir memeriahkan majlis itu.

“Dianggarkan kira-kira 50,000 tetamu yang hadir ke rumah terbuka anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri walaupun dalam keadaan cuaca hujan, namun kunjungan tetap berterusan.

“Pas sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan semua orang yang ingin sama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka ini tanpa mengira parti politik dan saya dapati tetamu yang datang ke majlis ini adalah dari berbilang bangsa dan agama,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau berkata, penganjuran majlis ini secara tidak langsung telah melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum dan bangsa yang mana semua orang dapat duduk semeja menikmati hidangan dan beramah mesra.

Menurutnya, semangat permuafakatan yang sudah terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan negara ini berada dalam keadaan aman damai dan semua rakyat dapat hidup harmoni.

“Dalam majlis ini, semua orang dapat berkumpul dan saling mengenali antara satu sama lain, seterusnya membina satu lagi perhubungan persahabatan baru dan majlis seperti ini harus diteruskan, bukan sekadar menunggu sambutan sesuatu perayaan.

“Saya berharap semua tetamu yang hadir bukan sahaja datang untuk makan semata-mata, malahan dapat beramah mesra dan mendekati pemimpin secara lebih dekat,” katanya.

Hadir sama dalam majlis rumah terbuka itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi; Ketua Penerangan Pas Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta pemimpin-pemimpin tempatan daripada kaum Cina dan India.

Azizan turut menyampaikan duit raya kepada kira-kira 5,000 kanak-kanak yang datang ke majlis rumah terbuka itu dan antara menu istimewa disediakan ialah nasi beriani Pullai atau nasi beriani Pakistani yang dihidangkan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa.

Sementara itu, pengunjung, Siti Mariam Yaakop berkata, majlis rumah terbuka seperti itu harus dikekalkan dan diteruskan setiap tahun walaupun ia diadakan secara sederhana.

Menurutnya, menerusi majlis itu, secara tidak langsung terbina ikatan persaudaraan yang mana semua tetamu yang hadir akan saling berkenalan dan menjalin hubungan silaturahim.

AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan PKR Samseng

-AMK Pendang-

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon maaf di atas perkataan samseng yang digunakan ke atas Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ismail Sabri diberi tempoh lima hari mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik perkataan berkenaan.

Sekiranya Ismail berdegil, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kita desak supaya beliau menarik perkataan samseng tersebut kerana dalam setiap pilihan raya kecil insiden samseng ini bukan merupakan budaya Keadilan.

"Kita desak Ismail Sabri untuk minta maaf kerana membuat gambaran bahawa parti kita parti yang ganas.

"Kita akan saman beliau ini kenyataan yang memalukan, ini parti yang ada undang-undang dan mengikut lunas perlembagaan dan hukum," katanya ketika dihubungi TV Antara sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Sinar Harian hari ini. Ismail Sabri dilaporkan berkata Pas telah dipengaruhi oleh budaya samseng yang dibawa PKR.

Dalam laporan berkenaan Ismail berkata sejak Pas bersama-sama PKR mereka sering bertindak diluar batasan dengan mencemuh dan memaki hamun pemimpin.

Ismail berkata demikian merujuk kepada insiden beliau dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Azeez Abdul Rahman kononnya diserang oleh penyokong Pas di Bagan Pinang.

Menurut Shamsul insiden samseng sebenarnya dibawa oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Pemuda.

"Pada kita ini soal maruah parti dan serangan ini merupakan serangan berbaur provokasi yang mengundang tindakan daripada pihak Keadilan.

"Insiden samseng dan ganas ini mula ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin dahulu ketika beliau menjadi Timbalan Pemuda Umno Barisan Nasional," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dua pemimpin Umno berkenaan bahawa mereka diserang penyokong Pas sewaktu hari penamaan calon Shamsul berkata, beliau mencabar Ismail mengemukakan bukti dan saksi insiden berkenaan.

Katanya, ia merupakan provokasi yang sengaja dilakukan Umno-Barisan Nasional.

"Beliau diserang oleh sekumpulan penyokong yang katanya daripada Pas tetapi sehingga sekarang tiada bukti kukuh yang menunjukkan beliau diserang oleh orang Pas kerana provokasi-provokasi seperti ini adalah identiti Barisan Nasional.

"Mereka biasa dengan keadaan melakukan provokasi kemudian menuduh orang lain melakukan tindakan tersebut," katanya

Tuesday, September 29, 2009

Sah Isa samad calon "Be End" di bagan Pinang.


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BE END dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua AMENO bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden AMENO.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BE END dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BE END peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BE END yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan AMENO 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BE END dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej AMENO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau AMENO letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi AMENO "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap AMENO".

Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang

Abdul Aziz Mustafa
Thu Sep 24, 09 10:29:29 am MYT KUALA LUMPUR,
24 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Beliau berharap Umno mempunyai calon yang bersih dari politik wang untuk memenuhi keinginan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu.

"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'. Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas Perdana Menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang. "Mungkin juga Umno Bahagian Telok Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang berada) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. Mengenai persediaan PAS menghadapi pilihan raya itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan megggerakkan seluruh kekuatan untuk mengajak rakyat di Bagan Pinang supaya bersama-sama dengan kehendak rakyat.
"Kita yakin rakyat di Bagan Pinang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam tujuh dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
"Malah di dalam kawasan Telok Kemang sendiri pun, tiga dari lima kawasan DUN di situ serta kerusi Parlimennya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. "Saya yakin sepenuhnya rakyat Bagan Pinang akan bersama-sama dengan kehendak rakyat hari ini yang menolak BN," kata beliau. Dalam pilihan raya umum yang lalu, selain kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi-kerusi DUN Chuah, Lukut dan Port Dickson dalam kawasan Parlimen itu dimenangi oleh PR. "Saya juga yakin, rakyat Bagan Pinang tidak sanggup menerima Umno yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri. "Pandangan Dr Mahathir itu malah dikongsi oleh bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.
"Rakyat boleh melihat dengan terang dan nyata hakikat itu dan bukti terbaru dapat dilihat sendiri oleh mereka dalam dokumen kabinet mengenai Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang menunjukkan dengan jelas bahawa kabinet kerajaan Umno dan BN melakukan penyelewengan dan merestui rasuah," katanya. Sebelum menekankan supaya BN meletakkan calon bebas politik wang, Dr Mahathir menolak pencalonan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.
Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. "Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau. Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Monday, September 21, 2009

Bukan Islam terima sumbangan semarak Aidilfitri

KULIM 21 Sept. - Lazimnya, sumbangan dan duit raya Aidilfitri hanya diberikan kepada mereka yang menyambut perayaan berkenaan.
Bagaimanapun, Pejabat Daerah Kulim (PDK) di sini membawa pendekatan baru pada sambutan Aidilfitri tahun ini.
Sempena kedatangan 1 Syawal semalam, PDK menghulurkan bantuan dan sumbangan duit raya kepada kira-kira 200 individu bukan Islam yang kurang bernasib baik.
Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, walaupun berbeza dengan amalan sebelum ini namun ia sekurang-kurangnya merapatkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Lebih penting lagi, katanya, semua rakyat Malaysia perlu diberi peluang bersama-sama menyambut hari kebesaran berkenaan sejajar dengan semangat baru 1Malaysia.
"Tahun ini kita berikan sumbangan berupa barangan dan duit raya kepada 500 penduduk. Daripada jumlah itu, 200 merupakan orang bukan Islam.
"Walaupun mereka tidak menyambut perayaan itu, kami merasakan mereka juga perlu turut serta bagi memeriahkan perayaan utama rakyat negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan dan duit raya kepada masyarakat kurang bernasib baik peringkat daerah Kulim di sini semalam.
Hadir bersama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim, Norizan Ghazali.
Menurut Abdul Rahman, kesemua penduduk yang terpilih menerima sumbangan duit raya RM100 setiap orang serta barangan keperluan dan kuih raya.

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mon Sep 21, 09 6:42:45 am MYT
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)
Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.
Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.
Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.
Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.
Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.
Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.
Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.
Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.
Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.
Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.
Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Kekosongan Jawatan di Kedah Communication & Events Sdn Bhd (KCE)

Alor Setar, 14 Sept. 2009 – Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. (KCE), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah mengajak mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kumpulan pengurusan di KCE menghantar permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat tersebut. KCE menawarkan tiga kekosongan jawatan iaitu:
+ Pembantu Peribadi kepada Pengarah Eksekutif
+ Pereka Grafik
+ Penyelaras AmKepada individu yang berminat, sila hantarkan resume anda ke pajabat KCE di alamat :
Kedah Communication & Events Sdn. Bhd.Aras 5, Menara BDB, Lebuhraya Darulaman,05100, Alor Setar,Kedah Darul Aman. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi KCE di talian : 04-7355169 / 04-7355170.

Kerajaan Negeri Kedah hargai guru al-quran

ULU MELAKA - Rutin hariannya tidak berubah dari zaman anak dara hinggalah berkahwin dan mempunyai 11 anak. Itulah liku hidup seorang ustazah, Zainab Hashim, 61, yang menjadikan kerjaya mengajar al-Quran sebagai aktiviti hariannya. Menurutnya, ada juga bekas anak muridnya menghantar anak mereka untuk mengaji dan menguasai bacaan al-Quran. “Berpuluh tahun saya mendidik anak kampung dari mukaddam hinggalah mereka khatam al-Quran, ada juga yang berulang kali mengulang al-Quran.“Kini, saya mempunyai 20 pelajar dan mereka akan mengaji selepas solat Maghrib di rumah kami,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 180 guru al-Quran, ibu tunggal, anak yatim dan miskin di Masjid Jamek Al-Jamiul Qadim Ulu Melaka.:Majlis turut disertai, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Phahrolrazi Zawawi dan Pengerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Aisyah Ghazali.Seorang ibu tunggal yang menerima sumbangan Salmah Ismail, 41, hampir menitiskan air mata apabila menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri.Salmah berkata, sejak kematian suami setahun lalu, dia terpaksa menanggung tiga anaknya dan dengan sumbangan itu kepayahannya membuat persiapan Syawal terubat seketika.Setiap mereka menerima RM100, kain pelekat atau batik serta kuih-muih sumbangan Yayasan Islam Kedah (YIK). :Sementara itu, Azizan berkata, kerajaan akan menimbang sumbangan tambahan kepada guru al-Quran sukarela sekiranya kewangan mengizinkan pada masa depan,“Kerajaan Kedah hargai guru al-Quran sukarela di kampung yang banyak berkorban mengajar dan mendidik anak membaca al-Quran dan bersolat,” katanya.:Azizan berkata pengorbanan guru al-Quran sukarela amat besar tanpa mengharapkan imbuhan dari kerajaan, kita menghargai mereka dengan memberi sedikit sumbangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri semua daerah di Kedah.“YIK mengenal pasti terdapat 2,500 guru al-Quran yang mengajar sukarela di seluruh Kedah dan memperuntukkan RM300,000 untuk sumbangan kepada guru al-Quran, ibu tunggal, anak yatim dan miskin di semua daerah,” katanya.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pengunjung. semua Aidilfitri ini akan menjadi bukti kejayaan kita melawan nafsu dan terberjuang bagi melihatkan kejayaan seterusnya.... supaya Bagan Pinang akan kita lalui dan memastikan kemenangan akan menjadi milik kita......Ayoh makan kuih ingat saya sama , kesempatan ini saya menjemput tuan kerumah raya ini. -paktam

Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan